Wednesday 19 December 2012

Masa amat Bernilai


"Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian,kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta nasehat menasehati di atas kebenaran dan kesabaran" (surah Al-Asr Ayat : 1-3)


Sombong !

"Tidak akan masuk syurga orang yang didalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah" (Hadis Riwayat Muslim) 

Wanita Solehah


"Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim)


12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI



1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Berdoalah agar Allah anugerahkan kepada kita sahabat seperti tu :D

Wednesday 21 November 2012

Hak Muslim kepada Muslim yang Lain



Alhamdulillah kita masih hidup di dalam bumi Allah yang indah ini , selawat dan salam kepada rasul junjungan kita , Nabi Muhammad S.A.W . Insya Allah , hari ini ana nak cerita sikit tentang .. Hak Muslim kepada Muslim yang Lain . 

Ada hadith yang mengatakan ada 5 dan ada yang mengatakan ada 6 . Jadi ana akan terangkan 6 hak muslim kepada muslim yang lain .  
Dari Abi Hurairah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Hak Muslim terhadap Muslim lainnya ada enam. (Baginda) ditanya: Apakah hak-hak tersebut, ya Rasulullah? Jawab baginda:
1. Jika kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam padanya.
2. Jika dia mengundangmu, hadirilah undangannya.
3. Jika dia minta nasihatmu, berilah dia nasihat.
4. Jika dia bersin dan bertahmid, maka tasymitkan dia.
5. Jika dia sakit, maka kunjungilah dia.
6. Jika dia meninggal dunia, maka ikutilah (jenazah) nya.
(Hadis Riwayat Muslim)

itu sahaja entry untuk kali ini . yang selebihnya sambung lain hari . Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . :D 
 

 













Saturday 2 June 2012

7 Golongan


Rasulullah s.a.w bersabda , "Ada 7 golongan yang berada dalam naungan Allah nanti pada hari yang tiada yang memiliki naungan selain naungan Allah , iaitu ;

1. Pemimpin yang adil
2. Anak muda yang tekun beribadat kerana Allah
3. Orang yang hatinya selalu terpaut di masjid
4. Dua orang yang saling mencintai yang bertemu dan berpisah kerana Allah
5. Lelaki yang diajak berzina oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan lalu dia     menjawab , "sungguh aku takut kepada Allah
6. Orang yang merahsiakan apa yang disedekahkannya (ikhlas)
7. Orang yang berzikir kepada Allah ketika sunyi lalu kedua matanya mengalirkan air mata "

H.R Bukhari dan Muslim


harap dapat ambil pengajaran . ASSALAMUALAIKUM